
Prinsip teras yang kukuh, warisan yang berpanjangan
Dalam budaya Cina tradisional, perkataan “akar” (本) membawa makna yang mendalam. Ia asalnya merujuk kepada akar tumbuhan—punca kehidupan. Seperti pepatah lama, “Untuk membantu pokok tumbuh kuat, akarnya mesti diperkukuh dahulu.” Klasik perubatan Cina Huangdi Neijing mengajar bahawa “Apabila tenaga dalaman teguh, penyakit tidak dapat menyerang,” menekankan kepentingan menguatkan kesihatan dalaman dan pencegahan berbanding rawatan. Falsafah yang diwarisi ini telah melahirkan tradisi kesihatan Cina yang kaya dan kekal sepanjang zaman.
Sebagai generasi keempat keluarga Lee Kum Kee, Lee Wai Sum dibesarkan dengan pengaruh budaya Cina yang kuat. Sejak kecil, beliau diajar untuk “tidak melupakan akar asal.” Pada tahun 1990-an, ketika melihat jenama kesihatan herba Jepun dan Korea semakin popular di peringkat global, beliau tertanya-tanya mengapa ilmu perubatan herba Cina yang begitu mendalam belum mendapat pengiktirafan serupa di kalangan masyarakat Cina. “Mengapa kita tidak boleh meneruskan kebijaksanaan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita?” soalnya.
Niat asal dikekalkan, membina asas kesihatan
Pada tahun 1992, Lee Wai Sum berganding bahu bersama bapanya, Lee Man Tat, dan bekerjasama dengan Universiti Perubatan Tentera Pertama untuk menubuhkan “Infinitus”, sekali gus secara rasmi menceburi bidang kesihatan dan penjagaan kesejahteraan. Sejak itu, Infinitus telah membangunkan pelbagai produk herba berkualiti tinggi, termasuk Oriherb Health Tonic yang ikonik, dengan tujuan mempromosikan budaya kesihatan Cina.
Apabila jenama ini berkembang, Lee Wai Sum sedar bahawa produk sahaja tidak mencukupi—kesihatan berpanjangan juga memerlukan perubahan minda dan gaya hidup. Infinitus memperkenalkan konsep kesihatan “Memperkukuh Asas Kesihatan, Menghayati Kehidupan Sihat,” menterjemahkan teori tradisional yang kompleks kepada amalan kesihatan yang mudah dan praktikal sesuai dengan kehidupan moden. Dengan kemajuan teknologi yang pesat, Lee Wai Sum menghabiskan dua tahun melawat universiti dan institusi kesihatan di seluruh dunia, mendedikasikan lebih 1,000 jam untuk kajian. Beliau mendapati minat global terhadap perubatan dan falsafah kesihatan Cina semakin meningkat—menguatkan lagi keyakinannya bahawa budaya kesihatan Cina patut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kelahiran Oriherb
Pada tahun 2020, ketika pandemik COVID-19 mengubah kehidupan harian, minat terhadap kesihatan tradisional meningkat mendadak. Dalam tempoh bekerja dari rumah selama beberapa bulan, Lee Wai Sum kembali meneliti teks klasik dan membuat ikrar peribadi: “Menyebarkan budaya kesihatan Cina adalah jalan yang betul—dan wajar diteruskan.”
Pada tahun 2022, sempena ulang tahun ke-30 Infinitus, syarikat memperkenalkan sebuah jenama baharu pada detick yang bermakna in - Oriherb. Nama jenama ini diilhamkan daripada “Memperkukuh Asas Kesihatan, Menghayati Kehidupan Sihat", Oriherb berasaskan prinsip “Tiga Penyesuaian” — menguatkan tenaga dalaman, mengimbangi yin dan yang, serta mengatur fungsi organ — digabungkan dengan “Empat Garis Panduan Gaya Hidup” untuk membantu masyarakat moden membina kesihatan jangka panjang dari dalam ke luar. Pada masa hadapan, Infinitus akan terus mendalami pembangunan jenama Oriherb, dengan mengambil inspirasi daripada formulasi klasik herba Cina, digabungkan dengan sains dan teknologi moden, bagi menghasilkan lebih banyak produk kesihatan yang memenuhi keperluan masyarakat moden. Berhasrat menjadikan Oriherb jenama kesihatan ikonik budaya pemeliharaan kesihatan Cina.
Memperkukuh Asas Kesihatan, Menghayati Kehidupan Sihat
Konsep kesihatan Oriherb menghubungkan kebijaksanaan purba Cina dengan kehidupan moden. Diilhamkan oleh 5,000 tahun budaya kesihatan Cina, ia menawarkan pendekatan praktikal untuk kesejahteraan harian—membantu orang hidup lebih sihat dari dalam ke luar.
Memperkukuh Asas Kesihatan
“Memperkukuh Asas Kesihatan” berasas daripada konsep Cina untuk memelihara dan menguatkan asas dalaman tubuh. Dalam perubatan Cina, kesihatan bermula dengan menyokong sistem asas badan. Apabila asasnya kuat, tubuh dapat berkembang dengan baik.
Menghayati Kehidupan Sihat
Nilai tertinggi falsafah Oriherb bukan sekadar untuk rasa lebih sihat, tetapi untuk membina kehidupan yang seimbang—di mana kesihatan, keluarga, dan pekerjaan dapat wujud dalam keharmonian.
Tiga Penyesuaian
Yin dan yang ialah konsep asas dalam perubatan Cina—mewakili dua tenaga yang berlawanan tetapi saling melengkapi dalam tubuh. Seperti yang dinyatakan dalam Huangdi Neijing, “Kehidupan bermula daripada keseimbangan yin dan yang.” Apabila yin-yang ini seimbang, tubuh berfungsi secara harmoni; jika tidak, penyakit mudah berlaku. Dengan menyeimbangkan yin-yang dapat membantu meningkatkan kehangatan badan, tenaga hidup, dan kekuatan.
Zheng Qi merujuk kepada keupayaan tubuh untuk menyesuaikan diri, melawan penyakit, dan pemulihan kendiri. Seperti yang dinyatakan dalam Huangdi Neijing: “Apabila Zheng Qi kuat, penyakit tidak dapat menyerang.” Jika tubuh kekurangan tenaga ini, kita lebih mudah jatuh sakit. Menguatkan Zheng Qi membantu mengurangkan risiko penyakit, mempercepatkan pemulihan, dan meningkatkan ketahanan tubuh.
Dalam perubatan Cina, setiap organ (zang-fu) mempunyai peranan dalam mengekalkan kehidupan. Apabila semuanya berfungsi selaras, tubuh dapat beroperasi dengan baik. Jika satu organ terganggu, kesihatan boleh merosot. Huangdi Neijing mennyatakan bahawa “Lima organ adalah penjaga kehidupan.” Mengatur dan menyelaras fungsi organ adalah kunci kepada kesihatan jangka panjang.
Empat Garis Panduan Gaya Hidup
Pemakanan Seimbang
Makan secara sederhana, pilih makanan bermusim dan seimbang, elakkan makan berlebihan atau terlalu sejuk/panas. Prinsip utama: struktur pemakanan yang betul, waktu makan teratur, dan makanan yang hangat serta berkhasiat.
Rutin harian yang teratur
Hidup selaras dengan irama alam. Dapatkan tidur yang cukup, seimbangkan kerja dan rehat, serta amalkan rutin harian yang stabil. Prinsip utama: tidur berkualiti, rentak hidup sihat, dan tabiat harian yang teratur.
Senaman Sederhana
Kekal aktif dengan senaman yang sesuai untuk tubuh anda. Elakkan berlebihan dan kekalkan konsistensi. Prinsip utama: pergerakan aktif, disesuaikan mengikut keperluan, dan komitmen jangka panjang.
Keseimbangan Emosi
Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Elakkan emosi melampau, pupuk pemikiran positif, bina hubungan yang sihat, dan nikmati hobi yang bermakna. Prinsip utama: berfikiran positif, minda yang tenang, dan kepuasan emosi.













